Tag: webcam

  • Logitech C920 Pro Webcam – Kualiti 1080p Nilai Hebat dari Jenama Terpercaya

    Logitech C920 Pro Webcam – Kualiti 1080p Nilai Hebat dari Jenama Terpercaya

    Logitech C920 Pro Webcam ialah sebuah webcam model high-end keluaran Logitech yang berupaya menyokong format video sehingga 1080p, 30fps. Walaupun terdapat model baharu yang dikeluarkan oleh Logitech iaitu C922 Pro, model terbaharu tersebut hanya mempunyai sedikit ciri terbaru, tidak padan dengan harganya yang mahal (sekitar RM 480).

    Jika anda inginkan nilai hebat dari jenama webcam yang terkenal dengan kualiti dan ketahanannya, anda boleh mendapatkan webcam model C920 Pro ini. Sampel kami didapati daripada penjual rasmi Logitech dalam Shopee.

    Syarikat pembekal, iaitu ClickAsia menghantar webcam ini kepada kami dengan balutan bubble wrap. Namun begitu, masih terdapat beberapa bahagian di bucu yang kemek.

    Kamera ini didatangkan dengan kotak yang kecil, sesuai dengan saiznya. Jika dahulunya produk premium seperti ini didatangan dengan kotak besar, sejak beberapa tahun ini pengeluar produk semakin berjimat dalam pembungkusan. Saiz lebih kecil, dan lebih banyak bahan pembungkusan yang dapat dijimatkan.

    Webcam ini didatangkan dengan kabel USB 2.0 sepanjang 1.5 meter. Anda boleh menggunakan USB extension cable sekiranya memerlukan sambungan yang lebih panjang. Kabelnya boleh dicabut dan menggunakan jenis sambungan USB-C.

    Ciri-ciri Menarik Logitech C920 Pro Webcam

    Antara ciri menarik pada C920Pro ialah resolusinya yang tinggi, iaitu 1080p. Berbeza dengan webcam kebanyakan laptop yang hanya menyokong setakat 0.3 MP, webcam ini mempunyai 2.0 MP untuk paparan gambar yang lebih jelas. Sesuai untuk anda yang bekerja dari rumah ataupun streamer.

    Selain daripada itu, webcam ini juga memiliki fungsi autofocus. Fokus kamera akan berubah-ubah mengikut jarak antara kamera dan objek. Oleh itu, visual anda akan sentiasa kelihatan “sharp” di mata penonton.

    Selain daripada itu, webcam ini juga didatangkan dengan mikrofon stereo untuk rakaman audio. Namun begitu, mengikut ujian yang dijalankan oleh pihak kami menggunakan perisian Zoom, kami mendapati mikrofon webcam ini tetap tidak dapat menandingi mikforon standalone BOYA BY-M1 dari aspek kualiti suara.

    Terdapat beberapa customisation options boleh dibuat untuk webcam ini. Anda boleh menggunakan perisian Logitech G Hub untuk melaksanakan customisations untuk webcam ini.

    Untuk maklumat lanjut produk dan pilihan support yang ada, anda boleh membaca selanjutnya di laman rasmi Logitech.

    Logitech diasaskan di Apples, Vaud, Switzerland, pada tahun 1981 oleh alumni Stanford Daniel Borel dan Pierluigi Zappacosta, dan bekas jurutera Olivetti Giacomo Marini. Syarikat itu bermula sebagai pengeluar tetikus komputer dan dengan cepat mengembangkan barisan produknya untuk memasukkan aksesori komputer lain seperti papan kekunci dan kamera web. Logitech mula menghubungkan orang ramai melalui peranti komputer yang inovatif dan banyak perkara pertama dalam industri, termasuk tetikus tanpa wayar inframerah, bebola jejak yang dikendalikan ibu jari, tetikus laser dan banyak lagi. Logitech International S.A. ialah pengeluar perkakasan komputer dan perisian multinasional Switzerland-Amerika dengan ibu pejabat di Lausanne, Switzerland dan Newark, California. Syarikat itu mempunyai pejabat di seluruh Eropah, Asia, Oceania, dan Amerika.